
Sulit
4 tahun
Sakit perut, loya dan muntah
Saya mewakili isteri saya yang berumur 25tahun, isteri saya mengalami gejala cirit birit air, loya dan selalu ingin muntah, dan sakit perut. Gejala ini bermula pada awal minggu lepas, sebelum gejala ini berlaku, isteri saya menahan lapar kerana sibuk bekerja, dan petang hari isteri saya memakan tauhu begedil dan cili hijau, nasi lemak mcd dan taufu fa bukan pada masa yang sama dan semalam isteri saya period. Adakah ini disebabkan keracunan makanan, atau penyakit lain yang serious? Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah cirit-birit, loya dan muntah yang dialami oleh isteri anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang dihadapi iaitu:
- Keracunan makan
- Ulser perut
- Gastrik (Gastritis)
- Ketidakseimbangan hormon atau masalah enzim penghadaman
- Jangkitan kuman pada usus atau perut.
- Penyakit keradangan pada usus
Kami sarankan anda membawa isteri anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya dia mengalami simptom seperti demam, sesak nafas, muntah hijau atau berdarah, berpeluh malam dan juga sakit perut yang berlarutan dan teruk.
Isteri anda boleh mencuba yang berikut untuk mengurangkan simptom yang dihadapi seperti:
- Banyakkan minum air
- Elakkan daripada makanan yang pedas dan meminum minuman yang mengandungi kaffeine
- Kurangkan merokok jika merokok dan juga elak meminum alkohol
- Jaga kebersihan makanan anda. Pastikan membasuh bahan mentah dengan sepenuhnya
- Banyakkan makanan mengandungi fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan makanan diproses.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.