
gungun470
4 tahun
Sakit seperti saraf pada kaki belah kiri
salam dan salam sejahtera…terima kasih di atas kesudian membaca persamalahan saya ini.
Saya mengalami permasalahan sakit kaki apabila hendak berjalan jika lama bersila, kesakitan tu tak lama, dalam 5 6 langkah saya berjalan sakit tu mula hilang, mohon perkongsian doktor-doktor apakah kesakitan saya ini dan bagaimana saya boleh merawatnya serta apakah implikasi penyakit ini?
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan tuan, beberapa punca kepada gejala sakit kaki ini boleh terjadi seperti:
- masalah vena yang mengembang
- Penyakit arteri (saluran darah) periferi
- Saluran dalam darah tersumbat (Deep vein thrombosis)
- Jangkitan pada sendi kaki
- jangkitan kuman pada kaki
- kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.