
Sulit
4 tahun
Sakit tulang pinggul semasa duduk
Saya wanita berusia 29 tahun. saya mempunyai masalah sakit dibahagian tulang pinggul, makin lama saya duduk di kerusi pejabat makin sakit, sampai 1 tahap bila saya bangun dari kerusi kaki saya jadi tak stabil then kena berdiri dalam beberapa minit baru boleh berjalan. Awalnya saya ada masalah lutut dan paha selepas saya sertai fun run, saya dah tak boleh mencangkung, tapi lama kelamaan tulang pinggul saya pula bermasalah. Mohon penjelasan dari doctor. Tqvm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, kemungkinan masalah tulang pinggul anda adalah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Keradangan pada sendi tulang pinggul yang disebabkan oleh kecederaan berikut
- Terdapat masalah sendi tulang pinggul yang terkehel tetapi tidak dirawat dan menyebabkan ia menjadi fibrosed , dimana ligament yang terlibat telah menjadi keras dan memudaratkan pergerakan.
- Penyakit tulang am seperti Osteoarthritis ataupun kekurangan kalsium dan sebagainya. Ia juga boleh dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon wanita ataupun penyakit reproduktif wanita.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti punca masalah dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk masalah tulang pinggul anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih