Anonymous
5 tahun
Saya mengalami cirit birit
Saya wanita umur 38 Tahun
Mengalami cirit birit selama 2hari
Najis yang keluar warna hijau dalam najis saya ada daun.saya mengalami kurang tenaga tapi tidak terlalu teruk…apa yang saya kena buat untuk pulihkan balik tenaga dalam badan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Pada kebiasaanya, perkara ini terjadi kerana jangkitan virus yang merebak dari makanan, dan sekiranya penyebab kepada masalah ini adalah bakteria, anda akan mengalami simptom yang lebih menganggu seperti:
- muntah
- demam
- cirit-birit yang beserta najis atau lendir
- kelesuan
Memakan makanan yang pedas boleh juga menyebabkan cirit-birit namun jarang bertanggungjawab kepada terjadinya keracunan makanan.
Sekiranya perut anda sensitif, mempunyai penyakit ‘irritable bowel syndrome’, ‘inflammatory bowel disease’ mahupun mengambil cili pada kadar yang lebih dari biasa, maka perkara ini boleh terjadi.
Ketika episod cirit-birit berlaku, anda kehilangan jumlah air yang sangat banyak dan kerana itu, anda perlu menggantikannya semula agar sebarang kemungkinan untuk berlakunya dehidrasi boleh dikurangkan. Mengambil larutan garam rehidrasi juga dibolehkan untuk membantu dalam proses ini. Elakkan dari menagmbil makanan yang berminyak dan juga pedas buat sementara waktu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.