Sulit
2 tahun
Makanan tercemar telur lalat
Semalam saya termakan nasi ayam beli di bazar tercemar telur lalat… Dah habis separuh baru perasan… Rasa ada yang tertelan la… Perut rasa x sedap/berangin/mual
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,bagi keracunan makanan, perkara yang lebih utama ketika berlakunya adalah muntah atau cirit-birit. Hal ini kerana proses muntah dan cirit-birit adalah proses semula jadi selepas keracunan makanan untuk membuang punca makanan tersebut.Saya menyarankan lebih baik anda pergi ke klinik atau terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang tepat.
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.