slymerz_shah
5 tahun
Cirit birit dan muntah sehingga keluar cecair kuning yang pekat
Haii… Saya lelaki 27 tahun mengalami food poisoning, cirit birit dan muntah2 sehingga keluar cecair kuning yang pekat… Soalan saya, adakah boleh utk saya minum air 100plus jika tidak mengambil sarapan terlebih dahulu utk menambah tenaga saya semula??
5 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sebaiknya anda dinasihatkan untuk mengambil sedikit makanan seperti roti yang dicecah air kosong atau teh o. Air 100 plus mengandungi gas berkarbonat yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut jika diambil ketika perut kosong. Namun begitu, jika anda tidak lalu untuk mengambil sebarang makanan, sebaiknya tuang air 100plus tersebut ke dalam cawan dan biarkan seketika agar gasnya berkurangan sebelum diminum.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan jika simptom cirit birit dan muntah-muntah tersebut masih tidak berkurangan. Anda juga boleh dapatkan garam rehidrasi dari farmasi untuk mengembalikan tenaga dan air yang telah hilang dari badan akibat simptom tersebut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Dengan perkhidmatan ini, anda tidak perlu ke klinik dan ubat yang diperlukan akan dihantar ke rumah. Terima kasih.