Sulit
3 tahun
Symtpom tiada di kesan
doktor… sya permpaun trkena jangkitan chlymidia tetapi masih nyeri,tajam pada kulit vagina dan dubur… apa bakteria dan susulan sbb vagina normal hnya pada kulit vagina dan dubur yg nyeri dan tajam…selain itu tekak,ulu hati,dada dan kepala juga sakit…adaka itu masih ada bakteria daripada kelamin.
3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, kami memahami tentang kebimbangan anda mengenai jangkitan chlamydia. Saya akan mencuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, simptom-simptom jangkitan chlamydia adalah seperti berikut:
- Keputihan yang tidak normal pada kemaluan
- Rasa sakit seperti terbakar ketika buang air kecil.
- Rasa sakit di bahagian perut atau pinggang
- Rasa sakit apabila berhubungan
- Keluar darah dari kemaluan apabila berhubungan
Selain itu, chlamydia juga boleh berjangkit ke bahagian dubur. Anatara simptom-simptom jangkitan chlamydia pada bahagian dubur adalah:
- Rasa sakit di bahagian dubur
- Keluar darah dari bahagian dubur
Oleh itu, setelah terkena jangkitan Chlamydia, anda akan merasa sakit pada bahagian kemaluan dan dubur.
Untuk rasa sakit pada tekak, ulu hati, dada dan kepala, gejala tersebut adalah umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Oleh itu, kami tidak dapat menyimpulkan diagnosis yang tepat untuk anda. Jawapan yang kami berikan adalah secara umumnya mengenai penyakit yang boleh menimbulkan simptom-simptom seperti yang anda nyatakan di atas. Antaranya adalah:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penjelasan dan rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.