
Sulit
4 tahun
Tertelan makanan seperti gummy bear. Adakah ia bahaya atau tidak?
Adik saya tertelan gummy bear. Ia membuatkan saya bimbang. Adakah ia bahaya? Tetapi saya ada baca di web yang gummy bear boleh ditelan. Adakah ia benar atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini Gummy bear boleh dikunyah, ditelan ataupun dihisap bergantung kepada jenis gummy bear yang diambil. Sila ikut panduan yang ditetapkan oleh produk tersebut, Sekiranya saiz gummy bear tersebut terlalu besar, ianya tidak sesuai untuk ditelan terus. Dikhuatiri akan tersekat pada bahagian tekak dan menyukarkan pergerakan udara pernafasan. Sekiranya adik anda mengalami kesukaran bernafas ataupun kesan sampingan yang lain akibat daripada menelan gummy bear, sila bawa adik anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.