
Sulit
4 tahun
Tulang belakang berbunyi
Salam,saya berumur 18 tahun dan kerap jugak mengalami tulang belakang berbunyi dan dalam masa yang sama lenguh bahu sejak 3 minggu lepas…kini saya bekerja sambilan dan makin terasa tulang belakang berbunyi jadi ia mengganggu,kalau ikutkan keluarga saya tak pernah ada sejarah sakit tulang belakang…boleh tak saya ingin tahu puncanya dan cara mengatasi…adakah sakit ini berisiko untuk saya dan perlukah saya berjumpa doktor?waktu tulang belakang saya berbunyi tu saya x rasa sakit cuma x selesa sebab berbunyi banyak sangat…berdiri bunyi duduk bunyi baring pun bunyi hmm…sy risau samada tulang saya rapuh atau pun sebaliknya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah tulang berbunyi.
Untuk makluman anda, tulang berbunyi mungkin disebabkan oleh:
- Fisiologi (fungsi normal organisma hidup dan bahagiannya) apabila sendi bergerak
- Pergeseran antara sendi akibat kurang cecair dalam sendi
- Kerapuhan tulang
- Bunyi ligamen atau tendon sentap
Kerapuhan tulang biasanya berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Tulang rapuh akan mengambil masa berbulan bulan atau bertahun untuk terjadi.
Sekiranya gejala yang anda alami berpanjangan atau telah mengganggu aktiviti harian anda, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.