
mfaeizwan
4 tahun
Tulang jari manis tangan yang pernah patah mula terasa sakit semula, membengkan dan tidak boleh diluruskan
Saya seorang lelaki berumur 20an. Saya ingin bertanya, tulang jari manis tangan saya pernah patah pada 2018. Tetapi sebelum ini saya tidak dapat treatment yang betul. Sebab sebelum ni saya pergi hospital dan doktor cakap tulang saya dah bercantum semula dan saya tidak dapat apa2 rawatan. Sekarang ini, jari saya terasa sakit semula. Bengkak dan tak boleh diluruskan. Saya tidak ada terjatuh,terhentak atau angkat benda berat. Boleh saya tahu bagaimana ia boleh berlaku dan apa rawatan yang saya perlu lakukan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Retak pada tulang berkenaan
- Jangkitan kuman pada jari tersebut
- Keradangan pada jari tersebut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan ujian x-ray adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.