Sulit
3 tahun
Tulang terasa sengal dan sakit,kulit terasa perit
Saya wanita 30an,bekerja sebagai kerani, berkahwin dan mempunyai 2 org anak…sejak kebelakangan ini, tulang bahagian kaki dan lengan saya terasa sengal apabila sejuk,terutama berada di dalam aircond…sendi-sendi jari saya juga terasa sakit tanpa sebab… kulit saya juga kadangkala terasa perit…gejala penyakit apakahyang saya sedang alami?
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di tulang kaki dan tangan semasa sejuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- slipped disc
- scoliosis
- radang sendi seperti arthritis
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.