Sulit
5 tahun
Untuk pertanyaan Chlamydia disease
Encik selamat sejahtera, baru2 ini wife saya ambil ujian sampel Sarah Dan menunjukkan ada disease chlamydia, apakah cara Terbaik untuk menyembuhkan disease tersebut? Sy tercari ubat dlm Google Dan baca article bahawa ubat zitromax boleh mangawal chlamydia disease tersebut. Jadi saya nak tanye pendapat doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Zitromax biasanya digunakan untuk merawat masalah Chlamydia, jangkitan kuman pada telinga, paru-paru dan sebagainya.
Namun begitu ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah isteri anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada isteri anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.