Soalan & Jawapan

Topic Image
Pedih Ulu Hati

Simptom Gerd dan Kesan Sampingan Ubat Gastrik dan Gerd

3 tahun

Hi doktor,

Saya mengalami masalah gerd sehingga sesak nafas, lidah menjadi pahit, sukar menelan air liur dan gangguan pemikiran yang sering moody.

Kali pertama mendapat penyakit gastrik ini apabila saya minum kopi dan produk nescafe. Sy merasa pedih ulu hati. Saya merawat dgn menjaga pemakanan dan ia hilang.

Kali kedua saya kena apabila saya hisap rokok dan vape lidah saya jadi pahit, pedih dan masam serta tidak selesa dan sy berhenti merokok seketika dan masalah mula hilang.

Kali ketiga saya kena apabila saya minum kopi dan makan nasi lemak kemudian merokok dan vape. Kali ini masalah gastrik saya menjadi gerd dan saya mengadapi sukar bernafas ketika tidur. Saya terus mendapatkan rawatan di emergency hospital. Setelah rawatan simptom penyakit saya mula melihatkan tanda2 positif. Sy mula boleh tidur dan mudah bernafas. Doktor bagi saya ubat magnesium translicate dan vencid petoprazole untuk rawatan dirumah.

Pertanyaan saya adalah, ubat yg doktor beri itu memberikan saya kesan sampingan seperti pening kepala, badan tidak bermaya dan rasa kepanasan serta sakit dibahagian perut. Tetapi simptom sesak nafas perut dan kembung perut saya hilang sementara dan saya tidur seperti org pengsan.

Saya mula berhenti mengambil ubat vencid pentoprazole.

Tetapi meneruskan ubat magnesium trinslicate dgn mengurangkan dos daripada 15ml 3 kali sehari kpd 15ml sekali sehari sahaja. Namun kesan sampingan seperti sy katakan tetap ada. Saya kurangkan dos kpd 10ml sekali sehari. Sesak nafas sy hilang tetapi sakit perut tetap ada. Sy kurangkan lg dos kpd 5ml sekali sehari namun sakit perut tetap ada.

Akhirnya saya kurangkan lagi dos sehingga 2.5ml sekali sehari barulah sakit perut sy mula hilang.

Pertanyaan saya adakah saya boleh meneruskan pemakanan ubat ini 2.5ml 3 kali sehari? Atau mula mencari ubat lain di farmasi yg tiada kesan sampingan. Dan apa perlu saya buat jika masalah gerd sy masih tidak hilang. Adakah sy perlu menjalani proses pembedahan?

Adakah sy mengalami jangkitan bakteria ketika vape?

Harap doktor boleh memberi info2 perubatan yg boleh membantu sy dlm merawat penyakit sy ini.

- Sulit
Dijawab
BACA LAGI
Topic Image
Sakit Perut

Mengalami tanda2 Gerd sudah 1minggu. Dulu pernah mengalami gastrik dan buasir tapi dah lama tak kena. Tapi sekarang ni saya tak pasti saya gastrik atau gerd

3 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah membaca beberapa review dari pesakit lain,saya rasa saya mengalami gerd. Dah seminggu saya mengalami sakit/sengal2 perut,badan tidak selesa macam nk demam, sakit kepala,mual,senak perut dan sangat2 tidak bertenaga. Perut sebelah kanan bawah tulang rusuk saya yang paling sakit. Bolehkah saya mengambil Golac Gastrovenger sebagai penyelesaiannya. Saya memang dah tak tahan sangat dah 1minggu saya mcm ni. Atau ada ubat lain yang boleh saya ambil?
Sekian terima kasih doktor.

- Sulit
Dijawab
BACA LAGI
Topic Image
Sesak Nafas

Gastrik..gerd hertal hernia

5 tahun

Saya salah seorang oesakit hertal hernia tahap2…gerd…adakah sakit ini akan mengganggu masalah pernafasan saya…seperti…nafas x puas…sesak nafas…ujian ecg berpuluh kali buat…jantong ok…

- Sulit
Dijawab
BACA LAGI
Dapat Baucar Farmasi RM30 Tanya Doktor Atas Talian