mohdaliffbaharim
5 tahun
Gastrik..gerd hertal hernia
Saya salah seorang oesakit hertal hernia tahap2…gerd…adakah sakit ini akan mengganggu masalah pernafasan saya…seperti…nafas x puas…sesak nafas…ujian ecg berpuluh kali buat…jantong ok…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, pesakit hiatal hernia sememangnya akan menghadapi masalah GERD. Masalah ini juga menyebabkan gejala sesak nafas selain pedih ulu hati dan beberapa gejala lain.
Namun begitu sesak nafas juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti jangkitan kuman pada paru-paru selain masalah jantung.
Sekiranya keadaan anda semakin teruk, sila dapatkan nasihat lanjut tentang rawatan yang boleh dilakukan bagi merawat masalah hiatal hernia anda, sekaligus merawat gejala yang anda hadapi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.