Sulit
3 tahun
Mengalami tanda2 Gerd sudah 1minggu. Dulu pernah mengalami gastrik dan buasir tapi dah lama tak kena. Tapi sekarang ni saya tak pasti saya gastrik atau gerd
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah membaca beberapa review dari pesakit lain,saya rasa saya mengalami gerd. Dah seminggu saya mengalami sakit/sengal2 perut,badan tidak selesa macam nk demam, sakit kepala,mual,senak perut dan sangat2 tidak bertenaga. Perut sebelah kanan bawah tulang rusuk saya yang paling sakit. Bolehkah saya mengambil Golac Gastrovenger sebagai penyelesaiannya. Saya memang dah tak tahan sangat dah 1minggu saya mcm ni. Atau ada ubat lain yang boleh saya ambil?
Sekian terima kasih doktor.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk pengetahuan anda, senak, sakit dan sengal-sengal perut (ditambah dengan gejala-gejala penyerta yang lain) umumnya boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
atau sekiranya terlalu serius atau kronik, boleh menyebabkan tanda-tanda awal
- gangguan organ pankreas atau hati
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- gangguan organ kardiovaskular
- gangguan paru-paru
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Disamping itu, ubat yang anda nyatakan lazimnya didapatkan setelah menerima preskripsi dari doktor. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.