
Sulit
3 tahun
Anak tumbuh gigi taring dan gigi geraham serentak
Hello doktor. Saya mahu tanya anak saya dia panas dan gusinya merah dan bengkak. Gigi taring dana gigi gerahamnya mahu keluar. Anak saya juga cirit birit. Sudah tiga hari dia dia panas dan cirit birit. Doktor adakah demam dan cirit birit anak saya dipengaruhi oleh pertumbuhan giginya. ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kekerapan kanak kanak buang air besar bergantung pada umur mereka. Namun, ia juga boleh menandakan sebagai cirit birit yang berlaku disebabkan oleh beberapa masalah penghadaman atau pun usus.
Jika anak anda mempunyai najis yang cair dan longgar, serta berlaku beberapa kali sehari, ia boleh menandakan bahawa anak anda menghadapi cirit-birit.
Cirit-birit serta demam boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan virus pada usus seperti Rotavirus
- Jangkitan bakteria seperti Salmonella .
- Keradangan pada usus ( Gastroenteritis ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun alahan makanan
- Alahan atau keracunan makanan
- Penyakit pencernaan usus seperti ketidakbolehan untuk toleransi gluten ( Celiac disease )
- Dehidrasi
Kembali kepada soalan anda, kebiasaannya pertumbuhan gigi tidak ada kena mengena dengan cirit birit anak anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.