manrazak
5 tahun
Apa itu prosedur stent untuk jantung
Apa itu prosedur stent untuk jantung? Ayah saya baru masuk hospital, doktor cakap nak kena masuk stent.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Prosedur ini mengembangkan saluran darah yang tersumbat atau sempit untuk memperbaiki aliran darah ke otot jantung. Pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari memerlukan prosedur ini. Penyakit arteri koronari berlaku apabila plak kolesterol menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan keras. Penyakit ini boleh mengurangkan bekalan darah kepada otot jantung dan menyebabkan kematian otot jantung sekiranya keadaan in berlanjutan.
Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko penyakit arteri koronari ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, peningkatan umur, merokok, sejarah keluarga dan kekurangan aktiviti fizikal. Tanda-tanda penyakit arteri koronari termasuk sakit dada, sesak nafas, berpeluh, pening, dan loya.
Prosedur stent dlakukan di hospital oleh pakar kardiologi. Langkah-langkah prosedur stent adalah seperti berikut:
Doktor memasukkan kateter belon dan stent ke dalam saluran darah di pangkal paha.
Kateter dimasukkan sehingga bahagian saluran darah yang tersumbat atau sempit.
Stent dikembangkan dan boleh memastikan saluran darah tetap terbuka untuk jangka masa yang lama.
Tisu akan tumbuh di keliling stent dan mengekalkan kedudukannya. Stent tidak akan bergerak dalam badan anda.
Kelebihan prosedur stent adalah ia tidak memerlukan bius penuh, tidak memerlukan pembedahan jantung terbuka dan masa pemulihannya pendek. Komplikasi prosedur stent untutk jantung adalah kesakitan di pangkal paha, pendarahan di pangkal paha, reaksi alahan terhadap pewarna yang digunakan semasa prosedur, kerosakan buah pinggang disebabkan oleh pewarna yang digunakan, kerosakan saluran darah akibat kateter, serangan jantung (jarang berlaku) dan serangan angin ahmar (jarang berlaku).
Risiko komplikasi adalah lebih tinggi dalam golongan orang yang berumur 65 tahun ke atas, orang yang mempunyai penyakit jantung yang serius dan orang yang mempunyai masalah buah pinggang.
Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!