Sulit
3 tahun
Injap jantung bocor sedikit
Anak saya berumur 5 tahun mengalami injap jantung bocor sedikit.Bolehkah ia sembuh tanpa pembedahan.Dapat di kesan pada umur 5 tahun.Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan mengenai injap jantung anak anda yang bocor. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, injap yang bocor tidak dapat sembuh dengan sendiri dan hanya dapat dirawat melalui pembedahan. Sekiranya dibiarkan, injap tersebut akan menyebabkan komplikasi seperti:
- Kegagalan jantung (heart failure)
- Denyutan jantung yang tidak sekata (irregular heartbeat)
- Pulmonary hypertension
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut mengenai penyakit injap jantung yang dialami oleh anak anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!