Sulit
3 tahun
Heart Block (Masalah Jantung)
Hello Doctor…
Doktor, Ibu saya berusia 74 Tahun…
Beliau mengalami Heart Block dan kadar denyutan jantung beliau dalam bacaan 54-59…
Waktu pertama pada tahun 2017, doktor hospital tawau telah memberi saranan untuk membuat pembedahan bagi meletakkan Pace-Maker… Tetapi kami menolak kerana bimbangkan Ibu yang dah berumur.
Semalam ibu saya mengadu sakit dada dan abang saya menghantarnya ke Hospital. Doktor still cadangkan perkara yang sama… Tapi risiko yang kami fikirkan…
Apakah saya boleh mendapatkan sedikit maklumat berkenaan Pace-Maker??
Dan jika doktor boleh memberikan sebarang pendapat ataupun saranan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami ibu anda mempunyai masalah jantung dan disarankan oleh doktor untuk meletakkan pacemaker. Anda ingin mengetahui secara lanjut mengenai pacemaker. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pacemaker adalah sesuatu alat elektronik yang dimasukkan untuk membantu jantung berfungsi secara normal dengan memantau kadar dengupan jantung dan sekiranya degupan jantung adalah perlahan, ia boleh membantu meningkatkannya.
Kebiasaanya, alat ini disarankan untuk individu yang mengalami bradycardia (kadar dengupan jantung yang rendah) seperti heart block yang ibu anda alami atau masalah noda sinusal.
Risiko prosedur perubatan ini adalah seperti berikut :
- jangkitan kuman
- pendarahan atau darah beku
- kecederaan pada struktur berdekatan seperti paru-paru
- aritmia
Namun risiko komplikasi seperti yang disenaraikan adalah rendah. Kami tidak dapat memberikan pendapat kami mengenai pacemaker untuk ibu anda tanpa sejarah perubatan ibu anda yang lengkap. Sekiranya anda inginkan nasihat lanjut mengenai perkara ini, sila berhubung dengan doktor pakar kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!