Sulit
3 tahun
Darah pekat pada bhagian jantung
Hi Doktor. Boleh saya dapat pandangan tentang sakit mak saya ni ‘unstable angina’ first week dah ade sakit dada makan ubat GTN 2 biji. Adakah sesuai untuk melakukan proses stamp di IJN?
3 tahun
Sala, sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui sekiranya rawatan stent adalah sesuai untuk mak yang mengalami sakit dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda unstable angina adalah kondisi dimana jantung tidak dapat aliran darah dan oksigen yang mencukupi, lazimnya disebabkan oleh gangguan saluran darah koronari. Unstable angina boleh memberikan gejala seperti
- sakit dada yang menyebar ke tangan dan leher
- sesak nafas
- rasa dada tertekan, tertindih, atau terbakar
- sakit dada walaupun ketika berehat atau setelah makan ubat
Terapi stent jantung adalah sebuah rawatan yang boleh dilakukan bagi mengembangkan saluran darah yang tersumbat atau sempit agar dapat memperbaiki aliran darah koronari ke otot jantung.
Namun gejala unstable angina yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti
- gangguan aritmia
- serangan jantung
- heart failure
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!