Sulit
3 tahun
Hipertirod, kerana simptom jantung berdebar laju semarankeadaan berrehat
Saya wanita berumur 21 tahun. Saya di diagnosis hipertyroid kerana kebanyakkan simptom ada pada saya seperti berdebar2, tangan bergegar, tangan cepat berkeringat, kadar nadi terlalu tinggi. Saya dah ambil darah dan keputusan dikatakan normal tiada tiroid. Tsh 1.94 (0.35- 4.94)dan Ft4 14.69 (9.01-19.05). Tapi saya pelik knp tiap kali saya baring atau duduk urat anggota badan saya akan bergerak secara tiba2 dan jantung akan berdebar dengan laju. Tp saya tak ada bengkak pada leher. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Kebimbangan
- Ketakutan
- Panik
- Dehidrasi
- Ubat-ubatan, suplemen herba, dan suplemen pemakanan
- Ubat-ubatan preskripsi seperti beta-blocker, inhaler asma, dan dekongestan, dadah haram, seperti amphetamines dan kokain
- Penyakit jantung
- Aritmia (arrhythmia), atau irama jantung tidak teratur
- Injap jantung yang tidak normal
- Merokok
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.