Anonymous
2 tahun
Bahu Senget / Bahu Tinggi Sebelah
Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya nak tanya adakah masalah bahu tinggi sebelah ini serius. Masa bergambar dalam keaddan duduk selalu orang akan tegur yang bahu saya senget sedangkan saya rasa bahu saya kira dan kana rata. Saya jugak sering berasa sakit belakang apabaila duduk terlalu lama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- skoliosis (tulang belakang senget sebelah)
- otot ‘rotator cuff’ terkoyak
- terseliuh bahu
- masalah dengan saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.