Sulit
2 tahun
Lenguh bahu Di sebelah kiri
Apabila duduk terlalu lama,bahu saya akan lenguh terutama bahu di sebelah kiri Dan duduk tanpa menyandar juga penyebab sakit bahu
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh pada bahu anda boleh disebabkan:
- Postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Pergerakkan berulang oleh bahu akibat aktiviti bersukan dan sebagainya yang menyebabkan ketegangan otot
- Masalah saraf bahu - seperti kecederaan atau keradangan
- Masalah jantung - sekiranya mempunyai diagnosis darah tinggi atau penyakit jantung sebelum ini
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.