
annnadzri
3 tahun
Bayi 5 bulan membuang air besar banyak kali
hi .bayi saya berumur 5 bln. sebelum ini dia membuang air besar 2 kali sehari sahaja dan warnanya hijau lumut dan sedikit cair kerana diberi susu formula sepenuhnya .tapi sudah 5 hari bayi membuang air besar lebih kurang 9-10 kali hari dan najis berwarna kuning serta cair. tetapi bayi tidak mengalami demam dan muntah langsung .kami membawa bayi brjumpa doktor pada hari pertama dan diberikan smecta untuk memekatkan najisnya .najisnya tak cair semula selepas diberi smecta tapi masih membuang banyak kali juga.adakah saya perlu membawa bayi berjumpa doktor semula atau ini normal kerana pembesarannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham bahwa anak anda mengalami masalah membuang air dengan kerap. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kekerapan bayi untuk membuang air seperti umur, penyusuan (susu badan atau formula), dan pergerakan usus . Bayi berumur 1 bulan kebiasaannya membuang air sebanyak 1 hingga 4 kali sehari dan secara purata 2 kali sehari .
Memandangkan najis anak anda sudah tidak cair, tiada demam dan muntah serta selera makan dan gelagat anak anda normal, tiada apa yang perlu dirisaukan walaupun berak banyak kali dalam sehari.
Namun jika keadaan berlanjutan dan terdapat perubahan pada bayi anda, sila rujuk ke pusat kesihatan dengan segera. Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk penerangan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.