
Sulit
3 tahun
Bunyi kruk kruk pada tulang bayi
Anak sye 2 bulan setengah …tulang lutut kat tempurung dan tulang area peha pinggul bunyi kruk2 …adakah itu normal…bby tak menangis
…bila pegg ditempat bunyi pon bby tak menangis…adakah ini normal…sebb setiap kali bby gerak akan kedengaran kruk kruk tulang…trima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda terhadap sendi atau tulang bayi anda yang berbunyi, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, sendi seperti lutut, bahu, ataupun pergelangan kaki boleh berbunyi dan perkara ini adalah normal walaupun untuk bayi.
Namun jika ia berlaku dengan gejala seperti kesakitan dan bengkak anda perlu rujuk dengan segera kerana bimbang akan masalah yang lebih serius.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.