
Sulit
4 tahun
Cagu pada ibu jari tangan
Kawasan cagu pd ibu jari tangan saya jd kemerahan , membengkak dan panas ,adakalanya rasa berdenyut pd kawasan itu , bagaimana untuk merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana rawatan masalah cagu ialah secara pembedahan minor jika ia terlalu menyakitkan. Namun, jika terdapat kesan jangkitan, kemungkinan antibiotik krim diperlukan. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan namun rawatan ini hanyalah sekadar simptomatik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.