
Sulit
4 tahun
Gerd dan gastritis ,rasa perut berangin dan sedikit mual
Saya ada minum aloe vera forever living selama 4 hari berturut.Diambil awal pagi dan malam sebelum tidur.
Setelah pengambilan,saya rasa perut berangin dan rasa mual.
Saya alami selama lebih kurang 3 minggu.Saya ada ambil PPI secara on off,tetapi masi ada rasa berangin dan mual sedikit.
Apa nasihat Dr tentang ini?
bolekah saya teruskan ambil supplemen ini?Apa ubat yg bole diambil ,tips kesihatan dan supplemen utk menyembuhkan sakit ini?Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah perut berangin dan mual setelah meminum herba aloe vera. Untuk makluman anda, kemungkinan masalah perut berangin dan mual boleh bekait dengan pengambilan minuman aloe vera anda ataupun tidak. Namun, berikut merupakan simptom-simptom lain yang dialami sekiranya anda dijangka untuk menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD) atau Gastritits iaitu:
- Sakit perut atau pedih ulu hati
- Sukar untuk menelan
- Rasa masam atau pahit pada kawasan belakan mulut
- Sakit dada
- Rasa ketulan dalam tekak
- Loya dan muntah
- Rasa penuh pada bahagian atas perut selepas makan.
Simptom sakit pedih ulu hati merupakan simptom yang kerap dikaitkan dengan penyakit GERD atau Gastritis. Kemungkinan ia merupakan salah satu kesan sampingan daripada penggunaan aloe vera. Berikut merupakan kesan sampingan aloe vera yang berlebihan:
- Alahan pada perut menyebabkan sakit perut atau keradangan
- Jumlah gurah dalam darah menurun
- Jantung berdegup tidak normal
- Keletihan dan tidak bermaya
- Menyebabkan masalah hati
- Sakit perut
Oleh itu, kami tidak dapat memberi solusi yang tepat bagi masalah anda kerana banyak sejarah kesihatan anda berlu diketahui bagi mengesyorkan rawatan yang sesuai. Namun, anda boleh mencuba yang berikut bagi menangani masalah anda di rumah:
- Berhenti pengambilan aloe vera, pantau jika simptom anda semakin pulih
- Jangan gunakan ubat PPI (Proton pump inhbitors) melainkan anda telah berjumpa dengan doktor dan mendapat perskripsi yang sah.
- Banyakkan makanan berfiber dan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan minuman mengandungi alkohol dan kaffeinie.
- Jaga kebersihan pemakanan dan juga diri anda
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini agar mendapatkan punca masalah anda dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.