Anonymous
5 tahun
Haid yang tidak teratur dan kitaran yang panjang
Assalamualaikum & Hello Drs,
Saya seorang wanita berusia 27 tahun. Saya telah berkahwin pada tahun lepas bulan April 2018 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya juga mempunyai kitaran haid yang tidak teratur dan mempunyai kitaran yang agak lama. Adakah dengan kitaran haid yang tidak teratur ini mempengaruhi kesuburan saya untuk memiliki cahaya mata. Disini saya sertakan history kitaran haid saya untuk rujukan doktor:
- 28/9/2018 - 3/10/2018
- 19/10/2018 - 22/10/2018
- 30/11/2018 - 5/12/2018
- 19/2/2019 - 28/2/2018
Baru-baru ini, saya didatangi haid tetapi darah keluar cuma setitik sahaja dan hanya sehari sahaja. Hari seterusnya tiada lagi darah yang turun. Saya musykil, adakah itu darah haid atau darah penyakit?
Semoga doktor dapat memberi pandangan berkaitan permasalahan saya tersebut. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Haid yang tidak teratur dan kitaran yang panjang boleh dipanggil “metrorrhagia”: Pendarahan rahim pada selang tidak teratur, terutamanya di antara tempoh haid yang dijangkakan. Metrorrhagia boleh menjadi tanda gangguan asas, seperti ketidakseimbangan hormon, endometriosis, fibroid rahim dan sebagainya. Metrorrhagia boleh menyebabkan anemia yang ketara.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.