
Sulit
4 tahun
Jantung berdebar laju secara tiba-tiba
hi.sy ada anak buah berumur 7 thun yg kini d bawah jagaan sy.pagi kemarin dia bangun dari tidur dan mengadu jantung berdegup dengan laju dan sekitar leher kir juga turut mengalami pergerakan seiring degupan selama beberapa saat.dia juga turut mengadu sedikit sakit dan sekejap d tulang sekitar dada ketika tunduk dan petang ini pun dia memaklumkn kembali jantungnya kembali berdegup laju slma beberapa saat.adakah perkara ini normal?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham kebimbangan anda tentang gejala/masalah jantung berdegup laju yang dihadapi. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan serius atau sebaliknya. Kadangkala, sekiranya anda tidak melakukan apa-apa aktiviti, anda akan lebih menyedari jantung anda. Selain itu, jika terlalu kurus degupan jantung akan lebih disedari daripada biasa. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
Oleh itu, anda disarankan untuk tidak makan atau minum kandungan kaffein kerana meningkatkan degupan yang laju. Sebagai contoh, kurangkan kopi atau nescafe agar jantung anda lebih terkawal.
Kami memang memahami kerisauan anda, tetapi masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut seperti penggunaan ujian imbasan dan sebagainya. Kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor rawatan anda bahawa ubat yang anda sedang ambil ini tidak berkesan dan doktor anda akan membuat keputusan yang sesuai untuk anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!