
Sulit
3 tahun
Jari telunjuk kanan bergerak sendiri
Saya wanita awal 30an. Jari telunjuk kanan bergerak sendiri. Nihon pencerahan punca Dan cara until mengatasi masalah in.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai jari telunjuk kanan yang bergerak sendiri. Kami akan cuba memberikan pencerahan kepada anda mengenai masalah ini.
Umumnya, masalah atau gejala sedemikian boleh berlaku atas beberapa faktor, antaranya ialah:
- Kesan dari gejala cemas
- Stres atau tekanan
- Ketegangan otot (muscle strain)
Walau bagaimanapun, gejala jari telunjuk yang bergerak sendiri itu juga boleh menandakan masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Carpal Tunnel Syndrome
- Hypoparathyroidism
- Kesan dari ubat-ubatan yang menyekat dopamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.