Anonymous
2 tahun
Jenis ubat untuk senggugut
Morning doctor,
Saya wanita berumur 23 tahun, Saya sedang mengalami period pain. Saya ada minta rakan sekerja saya belikan pil untuk senggugut di farmasi. Pil itu berwarna kuning. Nama dekat pil tu adalah Postan. Adakah pil itu sesuai dimakan? Kebiasaannya saya akan makan ubat/pil berwarna pink.
Thanks doc
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, Pil Postan ialah sejenis asid mefenemik yang dikategorikan sebagai NSAID (Non-Inflammatory Anti-Steroidal Drug) yang digunakan sebagai ubat tahan sakit. Ianya selamat digunakan untuk sakit haid jika anda mengalami gejala sakit perut atau alahan, anda boleh mendapatkan nasihat mengenai ubat lain yang sesuai untuk anda. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ubat senggugut , sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan. Sekian.