
Sulit
3 tahun
Kenal pasti anak autism
Saya ada anak berumur 12 thn…suka mengamuk jika xdiberikan apa yg diingini,suka baling barang org jika marah,rosakkan barang peribadi adik beradik lain bila cemburu dengan adik beradik lain…suka bercakap sendirian,dn suka flapping tgn sambil melompat sendiri,tak faham arahan yg mudah…anak saya autism ke…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan pihak tuan/ puan. Antara ciri- ciri kanak-kanak autisme ialah;
- Perlakuan sama yang berulang tanpa sebab munasabah
- Sukar untuk bertentang mata
- Tidak menyahut apabila nama dipanggil
- Mengulang perkataan yang pernah didengari berulang kali tanpa sebab munasabah
- Mengamuk apabila kehendak tidak dipenuhi
- Minat terhadap sesuatu objek tanpa munasabah
Bagi mengenalpasti status sebenar anak anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor ataupun doktor pakar kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor