
Sulit
3 tahun
Kerap berak lebih dari 5 kali sehari normal atau cirit birit?
Bayi saya berusia 1bulan lebih bayi saya kerap berak lebih 5 kali sehari najis dia cair setiap kali berak dia akn berak sikit sikit tapi kerap bayi saya minum susu campur susu badan dn susu formula adakah berak tu normal atau cirit birit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham bahwa anak anda mengalami masalah membuang air dengan kerap. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kekerapan bayi untuk membuang air seperti umur, penyusuan (susu badan atau formula), dan pergerakan usus. Bayi berumur 1 bulan kebiasaannya membuang air sebanyak 1 hingga 4 kali sehari dan secara purata 2 kali sehari.
Maklumat lanjut mengenai kekerapan bayi anda membuang najis dan ciri-ciri najisnya juga perlu diketahui. Selain itu, sila pantau gejala-gejala ini:
- Demam
- Kurang menyusu
- Lemah dan lesu
- Kerap muntah
- Najis bercampur darah
Sekiranya anak anda menunjukkan gejala-gejala ini, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk penerangan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.