Sulit
3 tahun
Masalah hormon dan metabolisme saya rendah
Saya perempuan berumur 19 tahun saya ada masalah hormon dan metabolisme rendah. Saya dah cuba pelbagai cara untuk turunkan berat badan supaya haid saya teratur termasuk diet dan bersenam tetapi tidak berjaya. Masalah ini menyebabkan celah celah anggota badan saya menjadi kehitaman dan rambut menjadi semakin sedikit dan kebotakan serta rupa wajah sy menjadi lebih tua dr usia.Saya ada mencuba kaedah hemeopathy tetapi kesannya sangatlah lambat ada sedikit berubahan pada celah celah anggota badan saya menjadi sedikit cerah. Saya sedang mencuba untuk makan suplimen spirulina dan minyak ikan untuk meningkatkan metabolisme saya disamping saya bersenam sedikit. Apa yang perlu saya lakukan doktor untuk tubuh badan saya kembali normal?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- gangguan sistem endokrin tubuh
- tanda-tanda penyakit kulit dan pigmentasi
- kelainan psikologi yang boleh dirawat
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.