Sulit
2 tahun
Saya tak datang bulan selama 2 bulan tpi saya tak mengandung
Saya intan umur saya 21 saya telahpun berkahwin dan belum mempunyai anak…sekarang saya risau sudah 2 bulan saya tak datang period…bila saya buat ujian kehamilan tetap 1 link…bila saya thu kenapa saya tak datang bulan selama 2 bulan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-40 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Secara purata, kebanyakan wanita pernah mengalami haid lewat sekurang-kurangnya satu kali dalam hidup mereka. Ia boleh berlaku atas faktor kenaikan dan penurunan kadar hormon dalam badan wanita. Haid lewat adalah apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 40 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.