Anonymous
5 tahun
Masalah kitaran haid hanya 14 hari
hai saya aishah…kitaran haid saya tidak teratur .bermula hujung bulan mac .period saya menjadi dua kali setiap bulan …kitaran haid hanya 14 hari…semalam saya period…tapi hari ini tiada setitik darah…adakah normal?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak teratur . Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih