
Sulit
4 tahun
Masalah lenguh kaki dari bahagian otot bawah lutut sampai ke buku lali.dan ia berlaku setiap malam apabila ingin tidur kerap terjaga akibat lenguh dan kaki yg tidak selesa..kadang dah tinggikan kaki pon masih lenguh lagi
Saya berumur 21tahun kerap mengalami lenguh kedua2 belah kaki saya…semasa 17 tahun saya kerap bersukan tapi sekarang kurang bersukan…saya ke farmasi ahli farmasi kata mungkin kurang kalsium jadi saya try kalsium selama 2 mnggu tapi masih sama…dulu saya asyik bergantung dengan minyak panas…tapi sekarang semua minyak panas sudah tak boleh jalan…semua minyak yg paling panas saya pakai xrasa apa…sekarang sebelum tidur saya selalu pakai detox kaki…kalau tak pakai lenguh tu datang balik smpai tak boleh tido…apa puncanya ya masalah ni dan mcm mana nak atasi…saya tak nak bergantung dengan sesuatu mcm sekarang saya bergantung pada detox kaki tu.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Gejala lenguh kaki boleh disebabkan faktor pekerjaan fizikal atau masalah kesihatan yang kronik. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh pada betis boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- kebanyakan pesakit melakukan aktiviti yang meningkatkan penggunaan otot betis seperti berdiri lama, bercangkung dan sebagainya.
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
- masalah saraf tersepit di bahagian cervical spine/ akibat disc hernia
Saya sarankan anda berehat daripada melakukan aktiviti yang menyumbang kepada gejala lenguh kaki buat sementara waktu. Jika masalah masih berlanjutan, kemungkinan punca lain harus dikenalpasti. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B bagi memastikan faktor malnutrisi dapat diatasi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.