
nurulsyazwani8987
5 tahun
Minum susu kambing fomula untuk baby g6pd
Saya mempunyai anak perempuan, usia nya 47hari, doctor sah kan dia doubtfull g6pd… Masalah sekarang, sy kekurangan susu bdn, jika sy beri susu fomula karihome (susu kambing) boleh atau tidak…? Adakah khasiat vitamin k akan memberi effect pd baby sy?
Macam mana kita nk kenal pasti tanda paling utama sel2 darah merah nya pecah utk sy berjaga2 terus boleh ke hospital?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada larangan untuk anak anda disusukan dengan susu yang anda ingin berikan melainkan anak anda mempunyai alahan kepada kandungan susu tersebut. Pengambilan vitamin K adalah penting untuk kesihatan pembekuan darah seseorang dan pengambilannya tidak akan menjejaskan kuantiti susu badan. Manakala tanda-tanda sel darah merah pecah adalah seperti sesak nafas, kekuningan serta mudah mendapat jangkitan kuman. Sekiranya anak anda mempunyai gejalaa-gejala seperti berikut, anda dinasihatkan untuk membawanya berjumpa dengan doktor kanak-kanak bagi pemeriksaan lanjut. Sekian.