Sulit
2 tahun
Panduan diet untuk ibu menyusu
Hi, saya berumur 30 an dan mempunyai masalah berat badan. Boleh berikan panduan untuk diet yang sesuai memandangkan saya masih menyusukan bayi dan cepat lapar menyebabkan saya kerap makan dan menyebabkan berat badan saya naik.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan diet selepas bersalin adalah lebih kurang seperti orang biasa. Namun begitu, gejala lapar selepas bersalin dan menyusukan anak boleh disebabkan metabolisme badan yang sedang naik dan ineteraksi seperti hormon insulin, tiroid dan progesteron. Bagi diet yang efektif, anda boleh perbanyakkan sumber protein, kalsium, zat besi dan folat serta serat. Protein akan memberikan sensasi kekenyangan dan mengurangkan pengambilan sumber karbohidrat berlebihan. Karbohidrat dalam bentuk nasi, roti dan gula perlu diambil namun dalam kuantiti yang mencukupi dan tidak berlebihan kerana gula yang berlebihan akan ditukar menjadi lemak. Peminuman air kosong juga penting bagi memastikan anda tidak dehidrasi akibat menyusukan anak serta pelancaran buah pinggang dan usus.
Sekiranya masalah lapar ini berterusan dan memudaratkan anda, anda perlu mendapatkan nasihat doktor segera bagi mengelakkan penyakit seperti hipertiroid, kencing manis ataupun masalah penghadaman. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.