
Sulit
4 tahun
Pembedahan tempurung kepala selepas kemalangan
Hi salam doc… saya mengalami kemalangan beberapa bulan yang lepas mengakibatkan pendarahan dalam kepala dan terpaksa membuat pembedahan belah tempurung. Dan selepas pembedahan saya dapati keadaan fizikal tempurung saya kelihatan makin hari makin jatuh… saya risau doc…Saya perlukan pendapatan doc untuk masalah saya ini. Beberapa soalan saya nak tanya…
- Adakah tempurung kepala saya akan berterusan akan jatuh?
- Dan adakah ianya akan kekal macam tu dan tidak dapat kembali pada bentuk asal?
- Apakah itu normal atau tidak mengenai tempurung saya yang jatuh?
- Boleh menimbulkan implikasi yang negatif atau tidak sekiranya ia berterusan jatuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas soalan tersebut,
Untuk pengetahuan anda, tempurung kepala akan bercantum semula dan sembuh dalam jangaka masa 2 hinggalah 8 minggu selepas pembedahan. Jika tempurung kepala anda kelihatan jatuh ataupun berada pada posisi yang tidak sepatutnya, anda hendaklah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera terutamanya jika anda mengalami simptom atau pun gejala berikut:
- Pening kepala berlarutan
- Muntah
- Pitam
- Bengkak atau pendarahan pada tempat bedah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.