
Sulit
4 tahun
Period keluar daging @ selaput putih merah
Assalamualaikum doktor, saya ada masalah senggugut yang teruk. Period saya agak teratur. Kadang2 lambat seminggu, kadang awal seminggu. Masalah senggugut saya boleh diatasi dgn makan pil tahan sakit. Tapi saya xnak biasa kan bergantung pada ubat. Bila saya xmakan pil tahan sakit. Senggugut saya memang teruk. Setiap kali period mesti ada keluar selaput seperti daging. Sebelom daging tu keluar, saya rasa sangat2 sakit dalam rahim. Mngkin proses daging tuu nak luruh. Boleh doktor jelas kan macam mana daging tu wujud dan apa sebenarnya yang terjadi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan besar apa yang anda maksudkan dengan ‘daging’ itu ialah tisu lapisan endometrium yang keluar semasa haid atau darah beku. Darah beku untuk beberapa hari pertama dikira sebagai normal jika tidak terlampau banyak. Sekiranya banyak ketulan darah dan anda perlu menukar pad beberapa kali dalam sehari, ini dikira pendarahan banyak. Masalah senggugut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Contohnya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dikendalikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat seorang pakar wanita (Gynaecologist) yang lebih arif dalam sistem reproduktif wanita dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya melalui link ini (specialist booking).Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.