Anonymous
2 tahun
Period sikit(light period)
Saya masih remaja…tetapi period sya pada bulan ini sedikit…bila saya check…saya period…selepas saya buang air kecil dan balik rumah untuk check semula tiada darah…darah itu akan ade balik keesokan harinya…mengapa ya?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, tempoh haid normal adalah 2-7 hari. Jadi kitaran haid anda masih dalam tempoh normal dan terdapat kemungkinan darah yang keluar ketika anda kencing itu masih darah haid anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.