
Sulit
5 tahun
Polip hidung pada bayi
Hai, anak sy skrg berusia 7 bln. Kerap ada masalah polip hidung. Sy ada bawa jumpa doc paed tp doc paed cakap tak perlu risau. Polip tu akan kecut sendiri. Masalahnya makin kerap pula terjadi skrg ni. Macam mana sy nak dapatkan rawatan atau apa ubat yg sesuai yg sy boleh beli di farmasi? Terima kasih😚

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, polip adalah suatu keadaan yang mana muncul ketumbuhan dalam hidung. Pada bayi terutamanya, ia dapat timbul akibat alergi (alahan) ataupun jangkitan. Sekiranya ia kerap terjadi, secara hilang timbul, kemungkinan ia adalah akibat alahan. Ini bermaksud, pengubatannya hanyalah anda perlu menghindari bayi anda daripada terdedah kepada pemicu / penyebab alahan tersebut. Antara hal yang sering menyebabkan alahan sehingga timbulnya polip hidung pada bayi / kanak-kanak adalah:
- alahan inhalan seperti debu, habuk
- alahan makanan (jarang)
Sekiranya keadaan bayi terlalu sering, disertai gejala tambahan seperti berhingus, hidung tersumbat, dan demam, adalah amat digalakkan untuk anda merujuk ke doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ear nose throat, ENT) untuk dapat dilakukan pemeriksaan lebih teliti memandangkan pakar ENT mempunyai peralatan yang lebih sesuai untuk melihat struktur dalam hidung bayi.
Untuk merujuk doktor bagi pertanyaan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.