
Sulit
3 tahun
Rasa hendak muntah setiap kali lepas makan
Saya lelaki berusia 24 tahun. Saya sering berasa hendak muntah setiap kali selepas makan. Masalah ni saya hadapi start dari hujung bulan 5 sehingga awal bulan 8. Hanya tiga kali muntah sahaja setakat ini. Saya juga menghisap rokok (bukan perokok tegar). Tiada simptom lain seperti demam atau batuk, cuma rasa seperti hendak muntah setiap kali lepas makan. Harap doktor boleh jawab permasalahan saya ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada sistem pencernaan anda, sering loya dan muntah selepas makan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sering berasa hendak muntah selepas makan boleh disebabkan oleh beberapa punca, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit esofagus
- Gastritis
- Penyakit ulser peptik
- Penyakit hati atau hempedu
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah pada sistem pencernaan serta gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor Pakar Gastroenterologi