Sulit
5 tahun
Sakit tekak berpanjangan lebih dua minggu, terkini sendi-sendi tangan dan kaki terasa sakit dan bahagian sebelah atas dada kadang-kadang terrasa mencucuk-cucuk
Pada 17 April saya ada ke klinik untuk pemeriksaan sakit tekak dan cirit birit. Saya dimaklumkan bahawa saya tidak mempunyai risioko untuk covid 19 oleh kerana tidak ada contact rapat dengan pesakit dan tiada rekod perjalanan ke luar negara. Saya diberi ubat cirit birit dan nasihatkan untuk ubat kumur untuk sakit tekak saya. Sekiranya ada demam saya dinasihatkan untuk ke kilinik semula. Sehingga ke hari ini sakit tekak saya belum sembuh lagi.Terkini saya terasa sakit di sendi tangan.kaki dan pinggang. Kadang-kadang ada rasa mencucuk dan tidak selesa dibahagian atas dada. Setakat ini saya tidak demam, selsema atau batuk kecuali sekali sekala di waktu pagi atau malam. Adakah perkara yang saya alami ini gejala covid atau masalah lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Berdasarkan penerangan di atas, pada pendapat saya, ianya ridak merujuk kepada jangkitan COVID-19. Olh itu buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala yang anda alami. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk terus tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.






























