Sulit
4 tahun
Saya disahkan postif covid19 dah kuarintin 14 Hari..ahli keluarga saya ada positif perlu ke saya swed test sekali lagi
Saya xde apa sakitt
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kerisauan anda mengenai adakah anda perlu membuat swab test sekali lagi. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Memandangkan ahli keluarga anda ada yang positif covid, anda disarankan untuk turut mengasingkan dan kuarantin diri anda, serta laporkan kepada pusat kesihatan terdekat untuk tindakan lanjut, terutamanya jika anda mengalami simptom Covid 19. Orang lain yang tinggal bersama anda juga perlu menyekat pergerakan mereka.
Antara langkah yang perlu dilakukan oleh anda buat waktu ini adalah memantau keadaan diri anda dan isi rumah yang tinggal bersama dengan anda. Selain itu, anda juga haruslah sentiasa mengisi soal selidik yang terpapar dalam aplikasi MySejahtera tentang sebarang gejala yang dialami.
Menurut WHO, gejala-gejala untuk Covid 19 yang sering dilaporkan adalah seperti berikut:
- Demam dengan suhu di atas 37.5 darjah selsius
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau dan rasa
Jika terdapat gejala-gejala seperti di atas, anda perlu segera melakukan ujian swab sekali lagi. Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapt membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































