
Sulit
3 tahun
Saya Sakit betis sebelah kiri sahaja sudah lama dari 2016 sampai sekarang. Saya bertanya sebab makin bimbang
Saya lelaki berumur 21tahun.
Saya mengalami sakit di betis bahagian kiri saya sudah lama daripada tahun 2016. Apabila saya picit betis saya memang sangat sakit dan sengal. Saya boleh bersukan, tetapi akan rasa sengal-2 ketika berjogging misalnya. Lepas habis dari bersukan itu, betis saya lebih sakit daripada ketika sedang bersukan. Kadang-kadang sampai terhencut-hencut berjalan selepas bersukan. Tapi tidak lama, dalam 5-10minit kemudian okay balik. Tapi kalau picit di betis tetap sakit setiap masa walaupun bersukan ataupun tidak. Ataupun ketika saya mencangkung dalam 3-5minit, dan bangun, betis saya akan sakit sangat.
Punca sakit tidak saya ketahui, tapi setelah lama baru saya sedar betis saya makin sakit dan lama tidak sembuh. Boleh saya tahu apa sebab masalah saya ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tidak melakukan regangan sebelum dan selepas bersenam
- Masalah saraf
- Masalah saluran darah (peripheral artery disease)
- Diabetic neuropathy
- Ketegangan otot
- Ketidakseimbangan elektrolit (electrolyte imbalance)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, maklumat lanjut perlu diketahui untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.