Sulit
4 tahun
Tamat kuarantin tapi masih ada gejala
hai , saya nak tanya kalau pesakit covid dah tamat kuarantin tapi deria rasa dan bau belum ada , boleh tamatkan kuarantin ke atau kena tambah hari lagi untuk betul-betul sembuh ?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kerisauan anda. Untuk pengetahuan anda, Selepas menjalani kuarantin wajib 10 hari dan disahkan bebas daripada covid, suami anda sudah termasuk di dalam kategori yang tidak akan menjangkiti orang lain.
Bagaimanapun, untuk kepastian, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































