Sulit
4 tahun
Tidak berupaya untuk menulis
Saya lelaki yang berumur 17 tahun, saya tidak kuat untuk menulis kebelakangan ini, saya ingat penyakit ini tidak serius, saya pom membiarkan ia, sedar x sedar dah 2 minggu tangan saya tidak kuat untuk menulis.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Gangguan pada saraf
- Kecederaan otot atau sendi tangan
- Keradangan sendi atau otot tangan
- Penyakit pada saluran darah tangan
- Penyakit pada tulang tangan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.






























