
Sulit
3 tahun
Ubat batuk Prospan untuk bayi di bawah umur 2 tahun
Anak saya berumur 1 tahun 1 bulan. Doctor hospital sunway memberikan ubat batuk jenama prospan Kerana anak saya batuk batuk.
Soalan, adakah bayi berumur bawah 2 tahun boleh diberi makan ubat batuk jenama prospan? Dos yang diarahkan oleh doctor 2ml 3 kali sehari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh memberikan ubat batuk yang telah disarankan oleh doktor yang merawat anak puan kerana beliau lebih mengetahui keadaan sebenar yang dihadapi oleh anak puan. Setiap pemberian ubat adalah berdasarkan berat kanak-kanak. Secara amnya, ubat ini perlu diberikan mengikut dos yang telah ditetapkan pada bahagian botol tersebut. Sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai ubat tersebut, anda boleh terus menghubungi hospital tersebut bagi mendapatkan kepastian
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.